Informasi Permainan Video Terkini
EA Akan Memperlihatkan Kadar Kemungkinan Untuk Kotak Tikam Di Dalam FIFA 19

EA Akan Memperlihatkan Kadar Kemungkinan Untuk Kotak Tikam Di Dalam FIFA 19

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Selepas Battlefront II, tampaknya EA mula bersikap lebih mesra pemain bahkan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan mereka. Setakat ini tindakan mereka boleh dikatakan mengikut janji mereka tersebut.

Battlefront II mendapat kemaskini yang membuang segala mikro-transaksi yang dikritik manakala permainan terbaru untuk siri Battlefield iaitu Battlefield V tidak akan mempunyai pas premium.

Satu permainan yang terus mempunyai kotak tikam tetapi tidak mendapat kritikan adalah siri permainan FIFA. Bahkan mereka bertegas akan meneruskan sistem ini dan berpendapat sistem kotak tikam di dalam FIFA bukan merupakan satu perjudian.

Namun begitu bermula FIFA 19, mereka akan memperlihatkan kadar kemungkinan untuk kotak tikam. Selain mengetahui mereka akan mendapat jumlah tertentu untuk sesuatu aset, pemain juga akan mengetahui kadar kemungkinan untuk mendapat jenis aset tersebut.

Ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu, China sudah mewajibkan kadar kemungkinan ini dinyatakan termasuk juga untuk permainan yang dikeluarkan di iOS. Oleh kerana setakat ini siri permainan FIFA tidak menerima banyak kritikan daripada pemain, kami tidak merasakan perubahan drastik akan berlaku berkenaan sistem yang digunakan.

FIFA 19 bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 September ini


TIPS & ULASAN