Informasi Permainan Video Terkini
EA Berjanji Tidak Akan Mengulangi Kesilapan Battlefront II

EA Berjanji Tidak Akan Mengulangi Kesilapan Battlefront II

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

EA sebelum ini menukarkan sistem kotak tikam mereka kepada hanya untuk barangan kosmetik sahaja dan kami berpendapat tindakan mereka sudah terlalu lambat untuk mengurangkan kesan negatif akibat kontroversi sistem kotak tikam Battlefront II.

Ketua eksekutif rekaan EA iaitu Patrick Söderlund mengatakan EA akan memerhati dan memeriksa terlebih dahulu mekanik untuk kota tikam dan pelbagai lagi sebelum sesuatu permainan dipasarkan. Tambah beliau pemain sudah menyatakan yang mereka tidak ingin sesuatu seperti Battlefront II berulang lagi, dan EA akan memastikan mereka tidak melakukan kesilapan sama.

Mengenai Battlefront II, beliau mengatakan idea asal adalah untuk menjadikan pemain bermain untuk masa yang lama selepas dikeluarkan dan mendapat pulangan daripada permainan itu akan tetapi mereka melakukan dengan cara yang salah yang memerlukan mereka untuk mengambil tindakan segera dan menutup segalanya.

Melalui perubahan ini, beliau mengatakan pemain memberi reaksi yang positif dan pemain lama kembali bermain dan juga jumlah pemain juga makin meningkat, oleh kerana itu mereka perlu berhati-hati untuk permainan mereka yang seterusnya.

Bagi kami walaupun mereka belajar dari kesilapan ini dan berharap mereka akan mengubahnya untuk permainan akan datang tetapi tidak boleh dilupakan mereka masih mempunyai FIFA dan juga The Sims yang mempunyai masalah sama walaupun tidak menjadi isu. Pada pendapat anda adakah EA sudah insaf atau mereka akan mencari cara baru untuk menyusahkan pemain?


TIPS & ULASAN