Informasi Permainan Video Terkini
EA Akan Meneruskan Sistem Kotak Tikam Dan Tidak Menganggap Ianya Satu Perjudian

EA Akan Meneruskan Sistem Kotak Tikam Dan Tidak Menganggap Ianya Satu Perjudian

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

EA semasa perbincangan bersama pelabur mengatakan mereka akan meneruskan sistem kotak tikam tetapi akan dilakukan dengan cara telus, menarik, adil dan seimbang. Pada masa sama mereka mengatakan sistem kotak tikam di dalam FIFA ataupun di tempat-tempat lain bukanlah satu perjudian.

Sistem kotak tikam sekali lagi menjadi isu apabila pelbagai pihak di Eropah mula mengatakan sistem kotak tikam adalah perjudian kerana barangan ini digunakan untuk jual beli menggunakan wang di luar permainan.

Menurut EA mengenai perkara itu, bagi sistem kotak tikam FIFA mereka tidak membenarkan barangan tersebut dijual beli di luar, sebaliknya perkara ini berlaku tanpa kebenaran mereka dan akan terus berusaha untuk memberhentikannya.

Sistem ini sudah menjadi bahagian besar pendapatan untuk EA, oleh kerana itu kami tidak terkejut EA akan meneruskannya. Walaupun pada kami apa-apa jenis kotak tikam tidak akan dapat menjadi telus, menarik, adil dan seimbang seperti yang dijanjikan oleh EA.