Informasi Permainan Video Terkini
Maklumat Lanjut Battlefield V Dikongsikan – Kandungan Penambahan Akan Diberikan Secara Percuma
PC

Maklumat Lanjut Battlefield V Dikongsikan – Kandungan Penambahan Akan Diberikan Secara Percuma

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Setelah di acahkan beberapa kali, akhirnya Battlefield V diumumkan secara rasmi oleh EA. Seperti yang di urakan sebelum ini yang Battlefield V akan menggunakan Perang Dunia Kedua sebagai latar masa telah disahkan. Manakala untuk latar tempat mengikut EA akan berlaku di “the unseen location”.

Selain itu EA juga berkongsi mengenai kebolehan untuk pemain mengubah rekaan watak mereka dengan menggunakan sistem The Company. Sistem ini membolehkan pemain mengubah bangsa, muka, lukisan muka dan kosmetik seperti baju, seluar atau topi.

Barangan tersebut pemain boleh mendapatkannya menggunakan mata wang di dalam permainan yang diperoleh melalui misi harian dan ada juga misi khas yang dipanggil Special Assignments yang lebih panjang. Buat masa ini tiada pengesahan daripada EA mengenai pembelian di dalam permainan untuk barangan kosmetik tersebut.

Pengumuman yang paling menarik adalah melalui Battlefield V, EA tidak akan menggunakan sistem pas premium yang digunakan oleh Battlefield I sebaliknya akan menggunakan servis Tides of War yang akan memberikan pemain kesemua penambahan seperti peta dan mod secara percuma.

EA juga berkongsi trailer pengumuman untuk Battlefield V yang boleh ditonton di bawah. Battlefield V akan dikeluarkan pada 19 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Apa pendapat anda mengenai EA yang menukar sistem pas premium yang merupakan antara sumber kewangan utama untuk permainan Battlefield sebelum ini?


TIPS & ULASAN