PUBG Kehilangan Lebih 1.5 Juta Pemain Sejak Januari

Pada akhir tahun lepas kami melaporkan PUBG mencatat rekod apabila mencapai 3.1 juta pemain serentak, walaupun beberapa bulan selepas itu Fortnite mengatasi rekod tersebut dengan 3.4 juta pemain ia tetap satu pencapaian yang baik untuk PUBG Corp.

Setelah 6 bulan keadaan menjadi sangat berbeza untuk PUBG, pada bulan ini mereka hanya mencatat 1.7 juta pemain secara serentak memperlihatkan pengurangan hampir 50% walaupun baru sahaja mengumumkan mereka kini mempunyai lebih 400 juta pemain berdaftar.

Peta terbaru untuk PUBG iaitu Sanhok baru sahaja dikeluarkan dan pertama kalinya dijual dengan lebih murah mungkin PUBG akan meningkatkan jumlah pemain akan tetapi dengan Fortnite yang terus mengeluarkan permainan mereka di platform lain sudah semestinya sukar untuk PUBG mencabar Fortnite.

Sohor Kini