PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan aksi tembak-menembak popular yang mencatatkan pelbagai rekod menarik sepanjang 2017 ini. Kini, menutup tirai, mereka sekali lagi mencatatkan rekod tersendiri dimana kini permainan berkenaan merekodkan lebih 3 juta pemain bermain serentak hari ini.
Daripada angka yang direkodkan, ia memperlihatkan lebih 3.1 juta pemain bermain serentak pada angka puncak hari ini – yang mana meletakkan ia jauh dihadapan berbanding Dota 2 yang mencatatkan angka pemain puncak hanya sekitar 700k lebih sahaja.
Ini sekaligus meletakkan PUBG jauh dihadapan, apatah lagi ia hanya melepasi program Early Access baru-baru ini sahaja.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif memainkan permainan ini?
OVER 3 MILLION!! Thank you all for helping us reach this amazing milestone! GG WP everybody <3 pic.twitter.com/twUQkSkP5U
— PLAYERUNKNOWN (@PLAYERUNKNOWN) December 29, 2017