Lanjutan daripada perkongsian statistik pemain Fortnite tempoh hari, kini pembangun permainan PUBG turut mengambil peluang berkongsi statistik mereka.

PUBG 400 Juta

Menurut pembangun PUBG, kini terdapat lebih 400 juta pemain PUBG berdaftar diseluruh dunia – yang mana termasuk pemain PUBG Mobile. Untuk versi Xbox dan PC pula, sehingga kini lebih 50 juta unit telah terjual diseluruh dunia.

Pembangunnya turut berkongsi yang mana pada hari ini, secara purata seramai 87 juta pemain memainkan PUBG setiap hari.

Selari dengan perkongsian dan pencapaian baru ini, pihak PUBG menawarkan diskaun untuk pembelian permainan berkenaan di Steam, dimana kini ia boleh didapati pada diskaun 33%, iaitu RM50.24.

Sohor Kini