Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Mencatatkan 3.4 Juta Pemain Serentak – Mengatasi Rekod PUBG
PC

Fortnite Mencatatkan 3.4 Juta Pemain Serentak – Mengatasi Rekod PUBG

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Selain dari peperangan anda untuk mendapatkan chicken dinner, ‘peperangan’ antara Fornite dan PUBG terus berlaku. PUBG baru-baru ini mencatat penurunan jumlah pemain berbeza dengan Fornite yang melalui penulisan di blog rasmi mereka, Epic Games mengumumkan Fornite mencatat 3.4 juta pemain serentak.

Rekod untuk Fornite ini juga mengatasi rekod yang pernah dipegang oleh PUBG iaitu 3.2 juta pemain serentak. Ini semestinya disebabkan oleh Fornite yang merupakan permainan percuma untuk dimainkan dan juga berada di lebih banyak konsol.

Perkembangan ini semestinya membuka peluang bukan sahaja kepada Epic Games tetapi untuk pembangun lain seperti EA dan juga Take-Two/Rockstar.yang sebelum ini menyatakan minat mereka terhadap mod battle royale untuk memasuki pasaran permainan ini.