Selepas melalui pelbagai fasa ujian sebelum ini, hari ini pembangun PlayerUnknown’s Battlegrounds’ telah pun mengeluarkan kemaskini, sekaligus menyertakan bersama-sama kandungan peta baru dinamakan Sanhok.

PUBG Sanhok

Sanhok merupakan peta permainan bersaiz kecil, membawakan rekaan 4x4km. Malah PUBG sendiri mengkategorikan peta ini dibawah mod permainan Mini Royale – menandakan setiap perlawanan akan habis lebih pantas berbanding Battle Royale biasa yang mengambil peta bersaiz 8x8km.

Bagi anda yang mempunyai permainan PUBG, anda boleh memuat-turun kemaskini untuk permainan anda hari ini, dan mencuba peta permainan Sanhok ini hari ini.

Leave a Reply