Skip to main content

Dengan pengumuman permainan Devil May Cry 5 baru-baru ini, Capcom kini mengadakan acara khas yang mana mereka akan membenarkan pemain untuk mendapatkan kostum khas watak dari Devil May Cry 4 buat permainan Street Fighter V.

Antara kostum yang diumumkan dari siri Devil May Cry adalah kostum Dante untuk watak Ken, Kostum Nero untuk watak Ed dan Kostum Gloria untuk watak Laura. Ketiga-tiga kostum tersebut juga akan menyertakan mod alternatif yang memberi sedikit rupa visual yang berlainan.

Bagi kostum Dante dan Nero, ianya akan dilancarkan pada 26 Jun ini bersama-sama dengan watak Cody yang diumumkan sebelum ini. Kostum tersebut boleh dibeli melalui kedai atas-talian permainan, Playstation Store dan Steam dengan harga $3.99(~RM16).

Manakala untuk kostum Gloria pula, ianya perlu diperoleh melalui mod Extra Battle yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Selain itu, Capcom juga memperacahkan kostum Airman dari siri Mega Man juga akan tiba kelak untuk watak Rashid. Ianya adalah sempena dengan pelancaran Mega Man 11 yang bakal tiba Oktober ini. Buat masa ini kostum tersebut masih belum diumumkan tarikh pelancarannya.

Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada 16 Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.

Leave a Reply