Skip to main content

Seperti yang diura-ura sebelum ini, Capcom hari ini akhirnya mengumumkan permainan Devil May Cry 5 akan kembali di Playstation 4, Xbox One dan PC. Permainan tersebut diumumkan ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini.

Menariknya, ketika acara persidangan Xbox tersebut, Hideaki Itsuno iaitu pengarah permainan tersebut juga berada di pentas yang mana menurut beliau, permainan Devil May Cry 5 dibangunkan khas buat untuk peminat.

Devil May Cry 5 merupakan sekuel kepada Devil May Cry 4 yang dilancarkan 10 tahun lepas. Kali ini, Capcom tampaknya membawa kembali watak-watak daripada permainan sebelum ini dan tidak terus melupakan permainan Devil May Cry DmC daripada Ninja Theory 2013 lepas.

Kali ini, Nero juga kembali dengan tangan mekanikal baru dan berdasarkan trailer yang dipertontonkan, tangan syaitan yang digunakan ketika Devil May Cry 4 dirampas oleh penjahat. Sekaligus melalui tangan mekanikal baru tersebut, Nero mempunyai pelbagai jenis bentuk kemahiran baru yang bakal tiba buat permainan ini. Selain itu, pedang ikonik Nero, iaitu Red Queen juga kembali di dalam Devil May Cry 5.

Dari segi bentuk permainan pula, Devil May Cry 5 akan masih lagi mengekalkan bentuk permainan aksi pantas antara senjata api dan senjata pedang. Namun, Capcom tidak mempertontonkan sebarang aksi Devil Trigger di dalam trailer tersebut.

Pada penghujung trailer ini juga Capcom menyaksikan watak Dante yang sedang menaiki motosikal. Berdasarkan gambar poster permainan, mungkin juga permainan ini akan menyertakan 3 watak yang boleh dimainkan.

Seperti anda, kami juga tidak sabar untuk bermain permainan ini dan sebarang informasi lanjut, kami akan kongsikannya setelah ia diumumkan oleh Capcom kelak.

Leave a Reply