Skip to main content

April lepas, Capcom melancarkan watak DLC Falke buat permainan Street Fighter V. Kini, tarikh pelancaran watak terbaru, Falke bagi musim ketiga permainan tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu pada 26 June ini.

Cody Travers, iaitu salah satu watak daripada siri Street Fighter Alpha dan permainan Final Fight kini bakal tiba buat permainan Street Fighter V pada 26 Jun ini melalui DLC pernambahan.

Menariknya, kini beliau merupakan datuk bandar buat Metro City selepas dilepaskan jenayah oleh Mike Haggar. Walaupun begitu, sebagai seorang datuk bandar, Cody masih lagi gemar bertempur dan bertumbuk untuk menyelesaikan masalah dia. Seperti watak-watak lain, Cody juga akan disertakan dengan dua V-Trigger berbeza iaitu Sidearm dan Dirty Couch.

Melalui DLC pernambahan ini, Capcom juga akan menyertakan empat kostum buat Cody bersama dengan kostum klasik daripada Final Fight dan Street Fighter Alpha.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak Cody ini, anda boleh dapatkannya melalui pas musim ketiga ataupun membelinya secara berasingan melalui DLC pernambahan bermula 26 Jun ini. Anda juga berupaya untuk membeli watak tersebut dengan menggunakan mata wang permainan Fight Money dengan nilai 100,000 Fight Money.

Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada 16 Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.

Leave a Reply