Dengan pengumuman versi global untuk permainan Yakuza Kiwami 2 oleh SEGA sebelum ini, kini sempena acara E3 2018 yang berlangsung baru-baru ini, SEGA berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut.

Trailer tersebut memaparkan sebilangan bentuk permainan bersama adegan-adegan penceritaan yang pasti buat anda tertanya dengan kesinambungan buat watak Kazuma Kiryu dan Majima Goro.

Yakuza: Kiwami 2 merupakan kesinambungan bagi permainan Yakuza: Kiwami yang mana ia juga dilancarkan tahun lepas di Playstation 4. Kini dengan menggunakan enjin permainan Dragons Belong on the Dragon Engine daripada Yakuza 6: The Song Of Life, permainan ini bakal mempunyai pernaik-tarafan dari segi visual dan juga bentuk permainan.

SEGA juga sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan buat Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5 bersama Yakuza Kiwami untuk versi PC.

Yakuza Kiwami 2 merupakan permainan pernambah-baikkan buat Yakuza 2 yang dilancarkan di Playstation 2 lepas. Ia bakal tiba di konsol Playstation 4 pada 28 Ogos ini.

Sohor Kini