Informasi Permainan Video Terkini
Yakuza 6: The Song Of Life Ditundakan Ke 17 April 2018 – Demo Permainan Boleh Dimuat-Turun Bulan Ini

Yakuza 6: The Song Of Life Ditundakan Ke 17 April 2018 – Demo Permainan Boleh Dimuat-Turun Bulan Ini

Diterbitkan pada Feb 3, 2018 oleh .

Ogos lepas, Sega mengumumkan tarikh pelancaran permainan Yakuza 6: The Song Of Life bersama edisi terhad permainan tersebut yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada 20 Mac. Kini, melalui akaun Twitter rasmi permainan Yakuza, Sega menyatakan bahawa permainan tersebut akan ditundakan ke 17 April 2018.

Sega menyatakan bahawa mereka perlu masa untuk mengemaskini lagi permainan tersebut supaya ia bersedia untuk dilancarkan kelak. Namun dengan pengumuman penangguhan permainan tersebut, Sega juga menyatakan mereka akan melancarkan demo permainan Yakuza 6: The Song Of Life secara percuma pada 27 Februari ini.

Demo permainan tersebut juga akan membenarkan pemain untuk menyambung segala kemajuan dan fail penyimpanan apabila pemain membeli permainan tersebut apabila ia dilancarkan April kelak.

Sega juga menyatakan mereka akan mengumumkan sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut pada minggu akan datang. Walaupun penangguhan ini merupakan berita yang agak sedih buat peminat Yakuza, namun kami percaya Sega akan menghasilkan satu permainan yang sangat baik dengan tempoh masa yang mereka perlukan.


TIPS & ULASAN