Informasi Permainan Video Terkini
Yakuza: Kiwami 2 Diumumkan Buat Pasaran Global – Bakal Tiba 28 Ogos 2018

Yakuza: Kiwami 2 Diumumkan Buat Pasaran Global – Bakal Tiba 28 Ogos 2018

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

SEGA mengumumkan bahawa permainan pernambah-baikkan Yakuza: Kiwami 2 akan dilancarkan buat pasaran global di konsol Playstation 4 bermula 28 Ogos 2018 ini. Permainan ini asalnya dilancarkan buat pasaran Jepun pada Disember lepas yang mana ia merupakan permainan pernambah-baikkan bagi Yakuza 2 buat konsol Playstation pada 2008 lepas.

Yakuza: Kiwami 2 merupakan kesinambungan bagi permainan Yakuza: Kiwami yang mana ia juga dilancarkan tahun lepas di Playstation 4. Kini dengan menggunakan enjin permainan Dragons Belong on the Dragon Engine daripada Yakuza 6: The Song Of Life, permainan ini bakal mempunyai pernaik-tarafan dari segi visual dan juga bentuk permainan.

Bagi anda yang meminati siri permainan Yakuza, jangan lepaskan peluang untuk bermain semula salah satu siri Yakuza terbaik di konsol Playstation 2 lepas, di konsol terkini bermula 28 Ogos kelak.


TIPS & ULASAN