Skip to main content

Sega tahun ini sangat aktif membawa kembali permainan-permainan klasik dan juga baru ke PC. Melalui persidangan PC Gaming Show di E3, mereka mengumumkan Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Valkyria Chronicles 4 akan turut dikeluarkan untuk PC.

Senarai ini akan menyertai permainan-permainan seperti Vanquish, Bayonetta dan Valkyria Chronicles yang sudah dikeluarkan untuk PC bersama dengan Shenmue I & II yang sebelum ini diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Yakuza 0 akan dikeluarkan untuk PC pada 2 Ogos 2018 dengan pelbagai penambahbaikkan seperti resolusi 4k, framerate yang tidak dikunci. Jika anda pra-tempah permainan ini di Steam anda akan mendapatny dengan harga yang lebih murah iaitu RM119.50 berbanding RM128 bersama dengan manga digital, wallpaper dan juga avatar. Manakala Yakuza Kiwami tarikh pengeluaran akan diumumkan kemudian.

Valkyria Chronicles 4 pula akan dikeluarkan pada suku keempat tahun ini bersama dengan versi konsol. Selain pada itu permainan yang sudah diumumkan sebelum ini iaitu Shining Resonance Refrain akan dikeluarkan pada 10 Julai 2018 dan boleh mula di pra-tempah di Steam (RM162), PS Store (RM177) dan Nintendo (RM179)

Sebelum ini Sega mengumumkan yang jika ada permintaan mereka akan turut membawa Yakuza 3, 4 dan 5 ke konsol model dan kemungkinan besar ini juga termasuk PC. Manakala Yakuza Kiwami 2 yang sudah ada untuk Playstation 4, mungkin tidak lama lagi akan turut hadir ke PC.

Leave a Reply