Sebelum ini, pihak SEGA pernah berkongsi bahawa mereka berminat untuk membawa siri permainan Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5 ke konsol generasi kini sebagai permainan pernambah-baikkan. Kini, tampaknya ia menjadi satu kenyataan dimana SEGA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan-permainan tersebut secara berperingkat.
Menurut laporan Gematsu, ketiga-tiga permainan tersebut akan dilancarkan secara khas di Playstation 4 dengan sebilangan pernambah-baikkan seperti peningkatan visual dengan sokongan resolusi 1080p dan 60FPS.
Tambahan juga, bagi permainan Yakuza 3, SEGA akan melancarkannya pada 9 Ogos ini. Bagi Yakuza 4, SEGA menyatakan mereka akan melancarkannya pada musim luruh 2018 ini iaitu antara September sehingga Disember manakala Yakuza 5 pula akan dilancarkan pada musim bunga 2019 iaitu antara Mac dan Jun. Namun buat masa ini tarikh pelancaran permainan tersebut hanya buat pasaran Jepun.
Ini merupakan satu pengumuman yang sangat menarik dimana hampir keseluruh permainan Yakuza bakal tiba buat konsol Playstation 4 dan ia akan menjadi satu koleksi yang lengkap buat mereka yang meminati siri tersebut.
Buat masa sekarang, terdapat 3 permainan Yakuza yang telahpun dilancarkan di konsol tersebut iaitu Yakuza 0, Yakuza: Kiwami dan Yakuza 6: The Song Of Life. Selain itu, SEGA juga akan melancarkan Yakuza: Kiwami 2 pada Ogos ini.