Moonton bersempena dengan Piala Dunia Esukan telah menganjurkan dua kejohanan untuk Mobile Legends: Bang Bang iaitu MLBB Mid Season Cup 2025 dan juga MLBB Women’s Invitational 2025 yang merupakan satu kejohanan memfokuskan kepada pemain-pemain wanita.
Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan yang mewakili beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. Kesemua pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A
- Twisted Minds Orchid
- Team Vitality
- Waow GG Esports
- Falcons Vega MENA
Kumpulan B
- Tidal Legends Gaming
- Team Liquid
- Gaimin Gladiators
- Natus Vincere MY
Kumpulan C
- Natus Vincere PH
- CFU Serendipity
- Terror Queens
- Virtus.pro Fe
Kumpulan D
- ONIC Pertiwi
- DreamMax Girls
- FUT Esports
- Rising Rage
Peringkat kumpulan akan dimainkan dengan format GSL dan dua pasukan terbaik akan melayakkan diri ke Peringkat Playoff. Peringkat ini bermula hari ini dan berlanjutan sehingga 17 Julai dengan Peringkat Playoff bermula 17 Julai diikuti dengan Peringkat Akhir pada 19 Julai 2025.
Bagi Malaysia, kita diwakili oleh Natus Vincere Malaysia yang terdiri daripada Qurratul Ain Nurfarisha (Shaa), Afrina Balqis (Rina), Hanis Wahidah (Hanie), Nurul Effa Fauzana (Fafau), Nadiya Bahktita (Remund) dan Nor Zulaikha (Yuki) dengan Muhammad faris (Aish) sebagai jurulatih.
Seorang lagi pemain Malaysia yang terlibat ialah Sharifah Alia Husna (Aria) yang bermain bersama dengan pasukan dari Amerika Utara iaitu Gaimin Gladiators.
Perlawanan-perlawanan bagi kejohanan ini boleh ditonton melalui saluran rasmi Mobile Legends: Bang Bang.
Anda boleh lihat senarai kejohanan dan jadual untuk Piala Dunia Esukan 2025 di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.


