Apex Legends Global Series: 2026 Split 1 Playoff dianjurkan bersempena dengan Esports World Cup 2026 yang berlangsung di Paris, Perancis. Kejohanan ini melibatkan 40 pasukan dan bermula dari 7 Julai lepas dan berakhir pada 11 Julai 2026.
Kejohanan ini telah memperlihatkan UNLIMIT, pasukan dari Jepun menjadi juara keseluruhan selepas mendapat kemenangan di pusingan kesepuluh, walaupun ketinggalan pada awalnya dengan pasukan seperti Team Vision, Sentinels mendapat Match Point pada pusingan ketujuh lagi tetapi gagal untuk mendapat satu lagi kemenangan di pusingan-pusingan yang berikutnya.

Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah tunai $600 ribu, bersama dengan 3000 Championship Points. Team Vision mendapat tempat kedua diikuti dengan Sentinels di tempat ketiga dan masing-masing membawa pulang hadiah tunai $300 ribu dan $200 ribu.
Manakala pasukan Kirisame Havoc yang terdiri daripada dua pemain dari Malaysia iaitu xKenN dan XoyoBda terisngkir di peringkat kumpulan lagi selepas berada di tempat ke-35.
Bagi Apex Legends, pasukan UNLIMIT telah mendapat 1000 EWC Club Points, diikuti Team Vision dengan 750, Sentinels dengan 500, ZEDI Esports 300 markah, ZETA DIVISION dengan 200 markah, AG Global dengan 150 markah, Wolves Esports dengan 100 markah dan Team Falcons dengan 50 markah.
Gambar: EWC


