Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Mid Season Cup (MSC) 2025 yang dianjurkan bersama dengan Piala Dunia Esukan sudah bermula sejak 10 Julai lepas, untuk mencari satu lagi pasukan yang akan melayakkan diri ke Peringkat Kumpulan, dengan kemenangan ke atas Rare Atom, Virtus.Pro telah mendapat slot tersebut.

Dengan kesemua pasukan kini disahkan, 16 pasukan kini dibahagikan kepada dua kumpulan untuk merebut empat slot ke Peringkat Playoff. Berikut merupakan pembahagian kumpulan:

Kumpulan A

  • CFU Gaming
  • Corinthians
  • Mythic Seal
  • ONIC ID
  • Selangor Red Giants OG Esports
  • Team Liquid PH
  • Ultra Legends
  • Virtus.pro

Perlawanan Pertama:

  • Team Liquid lwn Ultra Legends
  • ONIC ID lwn CFU Gaming
  • Selangor Red Giatns OG Esports lwn Virtus.Pro
  • Mythic Seal lwn Corinthians Esports

Kumpulan B

  • Area 77
  • Auroro Gaming
  • DianFengYaoGuai
  • HomeBois
  • ONIC PH
  • RRQ Hoshi
  • Team Flash
  • Team Spirit

Perlawanan Pertama:

  • HomeBois lwn Team Flash
  • Team Spirit lwn DianFengYaoGuai
  • RRQ Hoshi lwn Area 77
  • ONIC PH lwn Aurora Gaming

Peringkat Kumpulan akan bermula pada 23 Julai dan berlanjutan sehingga 27 Julai sebelum memasuki Peringkat Playoff dengan Selangor Red Giants OG Esports, selaku juara untuk kejohanan yang lepas ingin mengekalkan trofi di tangan mereka.

Anda boleh lihat senarai kejohanan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply