Esports World Cup 2026 telah bermula secara rasmi minggu lepas di Paris, Perancis. Kejohanan pertama yang mendapat juara adalah permainan pertempuran Fatal Fury: City of the Wolves. Kejohanan yang melibatkan 32 pemain ini bermula pada 8 Julai lepas dan peringkat akhir berlangsung pada 11 Julai.

DarkAngel pemain dari Mexico yang mewakili pasukan NAVI telah menjadi juara keseluruhan selepas mengalahkan mi2ha4 dari Jepun yang mewakili Virtus.Pro. DarkAngel menang dengan skor 5-1 untuk membawa pulang hadiah tunai $250 ribu dan juga slot ke SNK World Championship 2026.

Juara tahun lepas, GO1 dari Jepun yang mewakil Detonation FocusMe berjaya untuk layak ke peringkat kedua sebelum terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan yang sekaligus memberi ruang untuk juara baharu dinobatkan bagi kejohanan ini.

Selepas keputusan ini, NAVI memperoleh 1000 EWC Club Points, diikuti Virtus.Pro dengan 750, 500 untuk SOL, 300 untuk REJECT dan 200 untuk T1, Weibo Gaming, Elite Esports, dan Team Vitality.

Gambar: EWC

Leave a Reply