Sejurus selepas kejohanan Masters London, peminat esukan Valorant mengalihkan tumpuan mereka ke kejohanan Valorant di Esports World Cup 2026. Kejohanan yang melibatkan 16 pasukan ini, merupakan kejohanan pertama yang bermula iaitu pada 2 Julai lepas dan berakhir pada 12 Julai.
Peringkat akhir memperlihatkan dua pasukan dari benua Amerika bersaing iaitu 100 Thieves dan juga NRG. 100 Thieves mengalahkan Nongshim RedForce dan NRG mengalahkan BBL Esports di peringkat separuh akhir. 100 Thieves kemudian mengalahkan NRG dengan skor 3-1.

Selaku juara mereka membawa pulang hadiah tunai $600 ribu, NRG pula $340 ribu selaku naib juara. Nongshim RedForce mendapat tempat ketiga selepas mengalahakn BBL Esports di peringkat penentuan dan membawa pulang $220 ribu dengan BBL mendapat $140 ribu.
Pasukan yang diwakili pemain dari Malaysia D4v4i iaitu Paper Rex yang juga naib juara Masters London tidak melepasi peringkat kumpulan apabila dikalahkan oleh NRG dan juga Karmine Corp.
Bagi EWC Club Point untuk Valorant, 100 Thieves mendapat 1000 markah, diikuti NRG dengan 750 markah, Nongshim RedForce mendapat 500 markah, dan BBL Esports mendapat 300 markah. MIBR.LOS, Team Vitality, Team Heretics dan Gentle Mates pula mendapat 200 markah.
Gambar: EWC


