TGV telah mengumumkan cawangan TGV Suria KLCC mereka akan menerima dewan ‘IMAX with Laser’ bermula pada 28 Mac ini, ia juga akan dilengkapi dengan teknologi 12-Sound seperti yang disertakan di TGV 1 Utama, Pavilion, Bukit Jalil serta TGV, Sunway Velocity dan menjadi cawangan ke-9 yang menyertakan dewan IMAX.

Mereka juga mengatakan yang cawangan Suria KLCC sedang menjalankan proses naik taraf akan tetapi dewan ini sudah tersedia untuk menerima pengunjung dengan antara filem terawal yang akan ditayangkan adalah “Godzilla x Kong: The New Empire”, “Ghostbusters: The Frozen Empire”, “KKN di Desa Penari 2:Badarawuhi”, “SUGA Agust D Tour ‘D-Day’ The Movie”, “Kingdom of the Planet of the Ape”, dan “Deadpool & Wolverine”.

Pembelian tiket untuk Godzilla x Kong: The New Empire bagi dewan IMAX di TGV Suria KLCC sudah boleh ditempah, anda juga boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan Godzilla x Kong: The New Empire.

Sohor Kini