TGV kini secara berperingkat menaiktaraf satu demi satu cawangan panggung wayang mereka ke dewan IMAX with Laser dengan sistem audio 12-saluran selepas memperkenalkannya di Pavilion, Bukit Jalil dan juga TGV, Sunway Velcoty.

Terbaru, TGV di 1 Utama pula telah dinaiktaraf dengan sistem projektor laser yang sama serta speaker yang lebih imersif di mana terdapat empat di hadapan, empat di belakang, dua di sisi dan dua di atas. Anda kini boleh menyaksikan filem-filem blockbuster baharu dengan pengalaman lebih menakjubkan seperti skrin yang lebih terang, warna yang lebih cantik dan butiran yang lebih dahsyat.

Antara filem IMAX yang anda boleh tonton sekarang adalah Napoleon.

Sohor Kini