Bulan lepas, TGV Cinemas telah melancarkan cawangan baharu mereka di Pavilion, Bukit Jalil. Cawangan ini menawarkan pawagam IMAX baharu dengan sistem projektor laser serta speaker 12-saluran. TGV kemudian menyatakan setiap cawangan mereka dengan IMAX turut akan dinaiktaraf dengan sistem baharu ini.

Baru-baru ini, TGV Sunway Velovity iaitu cawangan dengan pawagam IMAX terbesar di Malaysia telah dinaiktaraf. Ia kini dilengkapi dengan projektor IMAX with Laser yang menggunakan skrin sebesar 85 kaki dengan nisbah paparan 4:3. Bukan itu sahaja, sistem audio turut digantikan dengan 12 speaker untuk pengalaman pendengaran yang lebih imersif.

Dengan audio yang mantap, skrin yang lebih cantik dan menjanjikan pengalaman menonton imersif – kaki wayang pasti akan gembira dan berpuas hati dengan pawagam baharu ini. Selepas ini TGV akan menaiktaraf cawangan TGV KLCC, dan TGV 1 Utama pula.

Sohor Kini