Hari ini, TGV Cinemas telah melancarkan pawagam baharu di Pavilion, Bukit Jalil. Pawagam ini adalah IMAX with Laser kedua di Malaysia selepas diperkenalkan di GSC Disember tahun lalu. Lebih menarik, TGV turut menawarkan sistem audio baharu dengan teknologi 12-saluran yang mana ini adalah pertama di Malaysia.
Semasa sidang media pagi tadi, skrin pawagam IMAX ini adalah sebesar sekitar tiga rumah teres dan boleh memuatkan 290 penonton. Setiap kerusi juga jenis lembut dan empuk yang turut boleh direbahkan (recline). Sistem audio yang ditawarkan pula adalah menyeluruh dengan menjamin bunyi bisikan, jeritan hantu atau raksasa yang realistik serta imersif.
Selepas cawangan Pavilion, Bukit Jalil ini TGV turut akan menaiktaraf pawagam IMAX mereka di TGV Sunway Velocity, TGV KLCC, dan TGV 1 Utama tidak lama lagi. IMAX baharu ini akan beroperasi bermula esok, 5 Oktober sempena tayangan The Exorcist: Believer.