Marvel Snap Akan Terus Beroperasi Walaupun Nuverse Ditutup

Kami sebelum ini telah melaporkan yang ByteDance di dalam perancangan untuk menutup studio penerbitan permainan video mereka Nuverse dan akan keluar daripada industri permainan video. Perkara ini dilaporkan terlebih dahulu oleh Reuters yang juga mendapat pengesahan daripada ByteDance sendiri.

Oleh kerana Nuverse merupakan penerbit bagi permainan Marvel Snap, ramai pemain yang tertanya-tanya mengenai nasib permainan tersebut jika Nuverse ditutup. Marvel Snap melalui akaun X mereka mengatakan yang permainan tersebut akan terus beroperasi tidak kira nasib untuk Nuverse.

Marvel Snap merupakan permainan yang dibangunkan oleh Second Dinner yang ditubuhkan oleh Ben Brode yang juga bekas pengarah untuk Hearthstone.

Permainan ini dibangunkan dengan sokongan daripada Nuverse tetapi berkemungkinan besar permainan ini dimiliki oleh Second Dinner, jika Nuverse ditutup mereka perlu mencari penerbit baharu ataupun beroperasi secara kendiri.

Marvel Snap dikeluarkan pada tahun lepas untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan kad digital berdasarkan IP Marvel. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Marvel Snap.

Sohor Kini