Square Enix telah melancarkan permainan seterusnya di dalam siri SaGa, SaGa Emerald Beyond untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan juga Android. Pelancaran ini juga diraikan bersama dengan ulang tahun ke-35 bagi siri ini.

SaGa Emerald Beyond membawa sistem pertempuran yang mendalam dan memerlukan strategi bersama dengan penceritaan yang luas dengan ramai watak menarik. Penceritaan juga mengikut pilihan pemain untuk memberikan pengalaman yang berbeza.

Permainan ini diarahkan oleh Akitoshi Kawazu yang juga penulis untuk permainan ini. Masanori Ichikawa turut terlibat sebagai penerbit.

Sohor Kini