Pada tahun 2018, Ben Broder iaitu pengarah awal untuk permainan kad digital oleh Blizzard, Hearthstone telah mengumumkan beliau meninggalkan syarikat tersebut dan menubuhkan studio baharu iaitu Second Dinner.

Beberapa bulan kemudian diumumkan yang permainan pertama oleh Second Dinner adalah permainan kad digital berdasarkan Marvel. Namun, untuk beberapa tahun kemudian, tiada perkongsian baharu yang dilakukan sehinggalah sekarang, apabila mereka mengumumkan yang permainan mereka adalah Marvel Snap.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Semasa pelancaran ia akan menyertakan lebih 150 kad berdasarkan watak-watak Marvel. Sesi beta tertutup kini boleh dipohon akan tetapi ia terhad di Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Singapura, Hong Kong, Australia, dan New Zealand.

Marvel Snap dikeluarkan untuk PC, iOS dan juga Android sekitar tahun ini sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini