Sand Land Terima Treler Pelancaran – Tiba 26 April Ini

Bandai Namco hari ini telah berkongsi treler pelancaran untuk Sand Land iaitu permainan terbaru oleh mereka yang akan dilancarkan pada 26 April 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Sand Land merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka yang mengadaptasi manga oleh Akira Toriyama berjudul sama. Selain dijadikan sebagai permainan video, Sand Land sebelum ini turut menerima filem animasi dan juga siri TV animasi yang anda boleh baca ulasan kami di pautan beriktu – Ulasan Sand Land: the Series.

Sohor Kini