Reuters hari ini telah melaporkan yang ByteDance ingin keluar daripada industri permainan video dengan menutup Nuverse iaitu studio penerbitan permainan video mereka. Perkara ini dijangka akan diumumkan sekitar hari ini.

Selain Nuverse, ByteDance juga merupakan pemilik kepada Moonton iaitu pengeluar permainan Mobile Legends: Bang Bang yang mereka ambil alih pada tahun 2021. ByteDance dikatakan sedang mencari pembeli untuk mengambil alih Moonton.

ByteDance juga telah memberitahu kepada semua pekerja yang sedang membangunkan permainan untuk tidak lagi melakukannya menjelang bulan Disember. Jenama permainan video kasual seperti Ohayoo dan permainan di TikTok dikatakan tidak terkesan.

Penarikan diri daripada industri permainan video ini dikatakan berpunca daripada kurangnya keuntungan, permainan terbaru yang diterbitkan oleh Nuverse iaitu Marvel Snap walaupun popular tetapi bukan permainan yang menguntungkan.

Buat masa ini masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ByteDance.

Sohor Kini