Beberapa bulan lepas telah kami laporkan yang permainan Resident Evil 4 akan tiba di Apple App Store untuk iPhone 15 Pro/15 Pro Max, Macbook dan iPad dengan cip Apple Silicon pada 31 Disember dengan harga RM244.90.

Baca – Ulasan Resident Evil 4

Malam tadi, akaun X rasmi Resident Evil telah mengumumkan yang permainan ini akan tiba pada 20 Disember iaitu lebih awal dari tarikh yang kami laporkan sebelum ini. Harga rasmi masih tidak didedahkan tetapi senarai harga yang Apple berikan di App Store, menyatakan Base Game (With Bonus) berharga RM244.90, Extra DLC Pack berharga RM80.90 (mungkin Seperate Ways), Weapon Upgrade Ticket x5 (A) RM40.99, kemudian ada yang RM28 dan juga RM11.99.

Menariknya dengan satu pembelian di satu platform, sama ada iPad atau iPhone anda boleh bermain Resident Evil 4 terus di mana-mana peranti Apple yang menyokongnya. Permainan ini turut akan mempunyai demo untuk dimuat turun secara percuma agar pengguna dapat merasai pengalaman bermain sebelum membeli.

Muat Turun – Resident Evil 4 Di Apple App Store

Sohor Kini