Capcom telah mengesahkan yang Resident Evil Village bersama dengan penambahan Winter’s Expansion akan dikeluarkan untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, iPad Air dan iPad Pro yang menggunakan cip M1 pada 30 Oktober ini.

Selain itu, mereka telah mengumumkan yang Resident Evil 4 bersama dengan penambahan terbarunya iaitu Separate Ways akan tiba untuk iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, iPad Air dan iPad Pro menggunakan cip M1 dan juga Mac akan tiba sekitar tahun ini – mereka juga mengesahkan yang Resident Evil 4 menyokong rentas-pembelian dan rentas-kemajuan.

Ini dengan kata lainnya, setiap pembelian Resident Evil 4 di salah satu peranti, akan memberikan akses permainan tersebut di kesemua peranti yang lain tanpa pembelian tambahan. Fungsi ini buat masa ini terhad untuk Resident Evil 4 sahaja dengan Resident Evil Village versi Mac yang sudah dilancarkan adalah satu versi yang berlainan.

Apple telah mengumumkan yang iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang menggunakan cip pemprosesan A17 Pro berkeupayaan untuk memainkan permainan-permainan konsol, ia akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada 29 September ini.

Kami sudah mengeluarkan ulasan untuk Resident Evil 4 bagi versi PlayStation 5 yang anda boleh baca di pautan berikut – Ulasan Resident Evil 4.

Sohor Kini