Skip to main content

Resident Evil 4 versi olahan semula untuk PS5 adalah permainan kegemaran aku selepas RE Village. Aku mula meminati francais ini selepas bermain RE4 di PS2, menonton kesemua filem animasi dan aksi nyata francais ini. Pengalaman aku bermain RE4 di PS5 turut memuaskan dan mengimbau kembali kenangan bermain permainan ini ketika zaman sekolah.

Semasa menulis ulasan RE4, aku ada nyatakan yang aku mahukan DLC seterusnya RE4 memfokuskan kepada watak lain tidak kira sama ada Wesker, Luis atau Ada. Beberapa minggu lepas, DLC Separate Ways diumumkan dan aku terus teruja dan mula bermain permainan ini.


Lupa Dulu Pun Ada Ada

Selepas separuh perjalanan bermain Separate Ways, aku mula menyedari sesuatu iaitu aku seakan pernah bermain permainan ini dan ada rentetan imej permainan ini melintasi fikiran aku. Rupa-rupanya, semasa tahun 2005 RE4 sudah mempunyai Separate Ways dan aku pernah main permainan yang sama dulu.

Bermula Chapter 4 perjalanan permainan aku semakin lancar dan semakin pantas kerana aku telah ingat kembali apakah misinya, lokasi, dan aksi yang perlu dilakukan. Kali ini dengan konsol generasi baharu yang mempunyai alat kawalan yang lebih menarik kerana getaran yang dinamik serta grafik yang lebih cantik.

Sama Baik Dengan Permainan Utama

Permainan ini sepatutnya boleh dihabiskan dalam masa 4 jam ke 5 jam, tetapi aku menjadi diri aku yang suka merayau di setiap lokasi baharu yang aku tiba untuk loot segala nyawa, peluru, dan mengumpul barangan yang akan membantu aku menjalankan misi yang diterima sama dengan pada permainan utama RE4. Secara tidak langsung, aku menamatkan permainan ini dengan durasi 5 jam 52 minit.

Separate Ways memberikan aku pengalaman bermain yang lebih kurang sama dengan RE4 bersama Leon. Ia lebih seronok, mengerikan, mudah terkejut dan rasa takut. Kawalan juga adalah lebih mudah untuk aku kerana sudah biasa dengan francais permainan ini.

Untuk pemain seperti aku yang sibuk sepanjang masa, durasi kurang 6 jam pada DLC ini sangat aku hargai. RE4 mengambil masa 18 jam untuk aku dalam masa seminggu sementara Separate Ways hanya sekitar dua hari. Permainan dengan penceritaan pendek ini menghiburkan aku dan pada masa turut menghilangkan rasa penat dan tertekan ketika bekerja.

Aku Mahu Lagi

Aku mahu lagi olahan semula permainan Resident Evil dan turut menginginkan permainan baharu yang sudah bertahun aku nantikan. Sebelum ini ada ura-ura yang Capcom akan melancarkan semula Resident Evil Revelations sebagai RE: Outbreak, ada kedengaran RE 9 sedang dibangunkan, RE: Hank dan banyak lagi.

Tiada informasi rasmi lagi, tetapi dengan Capcom yang sibuk membangunkan RE4 dan RE Village untuk peranti Apple aku yakin permainan baharu seterusnya akan mengambil lebih masa sebelum diumumkan.

Kesimpulan

Sekali lagi aku akan katakan, jika anda meminati francais Resident Evil – RE4: Separate Ways ini turut wajib dimainkan. Ia pasti akan mengimbau kenangan silam, tetapi turut memberikan anda pengalaman bermain yang menarik dan aku masih tetap ingin katakan yang RE4 dan DLC ini adalah antara permainan survival horror terbaik dan kegemaran aku setakat ini.

Elemen seram yang cukup menakutkan, tahap Standard yang masih mencabar, aksi yang menarik dengan cutscene yang menyeronokkan serta tempoh bermain yang ringkas cukup untuk aku berikan skor tinggi pada Resident Evil 4: Separate Ways. Aku turut mungkin akan bermain semula RE4 dan Separate Ways ini untuk mendapatkan skor yang lebih tinggi dan mengejar trofi pula. Jika anda berminat DLC ini boleh dibeli pada harga RM41 di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Baca – Ulasan Resident Evil 4

Resident Evil 4 - Separate Ways (PS5)
Seperti Resident Evil 4, DLC Separate Ways ini turut mengimbau kembali kenangan bermain permainan ini ketika zaman PS2. Walaupun suara Ada Wong seakan tiada emosi dan tidak meyakinkan, permainan ini masih lagi memberi pengalaman bermain yang memuaskan, mengerikan, cukup seram dan mempunyai cabaran yang lebih menarik berbanding kisah Leon.
Positif
Memberi lebih cabaran menarik berbanding misi Leon
Pendek, tetapi masih memuaskan dan menyeronokkan
Turut mebngimbau kembali kenangan dulu
Negatif
Suara Ada Wong tidak cukup meyakinkan, seakan tiada emosi
9

Leave a Reply

Final Score