MCU amat serabut sekarang kerana kes jenayah Jonathan Majors yang menjejaskan rancangan jangka masa panjang Marvel untuk menggunakan Kang the Conqueror sebagai penjenayah utama. Selain turut kerana mogok penulis dan pelakon, semua jelas boleh melihat yang kualiti kandungan MCU semakin merosot.
Kevin Feige pernah menyatakan yang hanya kandungan oleh Marvel Studios sahaja berlaku di Sacred Timeline, sementara projek Marvel lain berlaku di multimesta lain. Terbaru, Marvel Spotlight telah diperkenalkan sebagai kategori baharu untuk kandungan Marvel.
Marvel Spotlight dikatakan memfokuskan kepada kandungan yang bermain dengan perkembangan watak, cerita yang disampaikan oleh watak, lebih serius dan mungkin ganas. Kandungan di dalam Spotlight turut akan memfokuskan kepada jenayah jalanan sahaja berbanding jenayah “Avengers threat level“ yang berlaku dalam filem-filem MCU.

Echo disahkan adalah siri pertama di bawah Marvel Spotlight tetapi pada masa sama turut dikatakan berkait dengan MCU. Marvel tidak kongsi sebarang kandungan lain di bawah kategori ini, harapnya Daredevil dengan penulis dan pengarah baharu akan membawakan genre ganas dan matang kepadanya.
Sumber – Marvel