Masa hadapan Marvel Cinematic Universe kini terjejas. Ini kerana studio telah merancang yang fasa kelima dan keenam akan dibawakan oleh Kang The Conqueror lakonan Jonathan Majors. Tetapi selepas isu jenayah yang beliau terlibat, Marvel dikatakan ingin mengolah semula MCU tetapi buntu dan tidak tahu bagaimana ingin mula semula dari mula.
Terdapat idea untuk menggantikan Jonathan Majors dengan pelakon lain seperti yang berlaku pada Iron Patriot yang sebelum ini dilakonkan oleh Terrence Howard kemudian digantikan dengan Don Cheadle. Studio turut tidak yakin jika MCU dibawakan oleh Kang ia mungkin tidak menguntungkan kerana kutipan Ant-Man and the Wasp Quantumania yang tidak membawa pulang modal.
Laporan oleh Variety ini turut menyatakan yang Marvel pernah berbincang untuk mengolah semula Avengers dengan pelakon sama. Ini termasuk dengan memanggil semula Scarlett Johanson dan Robert Downey Jr. yang watak masing-masing telah mati di dalam MCU. Tetapi Marvel masih mempertimbangkan perkara ini kerana kos bayaran gaji pelakon-pelakon ini yang sudah meningkat.
Wakil Wall Street Journal iaitu Eric Handler yang pakar dalam urusan Disney memberitahu yang Marvel sebenarnya sudah buntu dan tepu kerana terlampau banyak kandungan dikeluarkan sehingga menjejaskan kualiti. Jika dahulu Kevin Feige terlibat dengan semua pasca produksi siri TV atau filem, kini beliau tidak menjadikan sesetengah projek tidak menerima sentuhan Feige yang dikatakan adalah resipi kejayaan MCU.
Kualiti kandungan MCU yang terus seperti CGI yang tidak baik turut dikatakan berpunca oleh Victoria Alonso yang sepatutnya bertanggungjawab dengan hasil akhir tetapi tidak disemak kerana sibuk dengan projek lain. Malah, ada artis menyatakan kualiti CGI teruk bukan kerana Alonso tetapi skrip yang tidak bagus. Selain turut menyalahkan eksekutif studio yang memberi masa singkat sehingga tidak dapat menonton hasil akhir untuk semakan sebelum siaran.
Marvel memang sedang mengalami masalah serius. Contohnya filem Blade yang entah siapa tahu apa yang akan berlaku kerana telah mempunyai lima penulis, dua pengarah, dibatalkan penggambaran kemudian ditunda dan dikatakan menerima bajet sekitar $100 juta berbanding projek MCU lain mencapai lebih $200 juta.
Harapan akhir Marvel adalah ingin cuba menarik perhatian pengguna dengan francais X-Men pula. Pertama adalah filem Fantastic Four yang dirancang pada tahun 2025, kemudian adalah Deadpool 3 yang mengembalikan Ryan Reynolds dan Hugh Jackman.