Skip to main content

Marvel Studios hari ini telah berkongsi treler pertama untuk siri TV seterusnya oleh mereka iaitu Echo yang akan disiarkan di Disney+ pada 10 Januari 2023. Echo ataupun Maya Lopez lakonan Alaqua Cox sudah membuat penampilan sebelum ini di dalam siri Hawkeye.

Echo akan menjadi siri MCU pertama yang menerima penarafan 18+ dan juga menjadi siri pertama yang kesemua episod akan tiba secara serentak

Seorang lagi watak yang sudah membuat penampilan adalah Wilson Fisk ataupun Kingpin lakonan Vincent D’Onofrio yang selain hadir di dalam siri Hawkeye tetapi juga siri Daredevil oleh Netflix. Di dalam treler ini diperlihatkan bagaimana Wilson Fisk menjadi penjaga kepada Maya Lopez.

Namun, selepas kejadian di dalam siri Hawkeye, Echo tidak lagi bersama dengan Kingpin, sebaliknya menjadi seteru yang membuatkan Kingpin mengaju pertanyaan di antara mereka berdua, siapa yang lebih jahat?

Leave a Reply