Daredevil: Born Again adalah siri TV baharu mengenai Daredevil yang mengembalikan Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil, Jon Bernthal sebagai The Punisher dan juga Vincent D’Onofrio sebagai Kingpin. Siri ini tidak berkait dengan kisah di Netflix sebaliknya adalah olahan semula yang berlaku dalam MCU.
Belum lagi selesai penggambaran dan disiarkan, siri ini akan diolah semula sekali lagi dengan penulis skrip dan pengarah baharu. Menurut laporan Hollywood Reporter, Dario Scardapane yang menerbit The Punisher di Netflix telah dipilih sebagai penerbit untuk Daredevil: Born Again.

Kemudian Justin Benson dan Aaron Moorhead iaitu pengarah kepada siri Loki dan juga Moon Knight telah dipilih sebagai pengarah untuk siri TV ini. Olahan semula Daredevil ini dikatakan akan menggunakan sedikit adegan yang telah ditulis dan dirakam oleh Chris Ord dan Matt Corman yang kini telah dipecat tetapi dikreditkan sebagai penerbit eksekutif.
Benson dan Moorhead dikatakan akan mengarah kesemua episod untuk musim pertama. Jumlah episod sebelum ini dikatakan adalah 18, tetapi versi baharu ini masih tidak disahkan lagi. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut baginya.