Skip to main content

Tahun ini hanya ada satu sahaja siri TV MCU aksi nyata di Disney+ iaitu Loki musim kedua. Siri lain adalah animasi iaitu What If…? musim kedua yang akan tiba pada Disember ini.

Echo pula iaitu siri sampingan kepada Hawkeye yang dijadualkan pada 29 November, tetapi ditunda ke Januari 2024. Siri animasi lain yang dinanti-nantikan adalah X-Men ’97 iaitu kesinambungan kepada siri animasi klasik 90-an dahulu. Siri ini sepatutnya disiarkan pada sekitar tahun ini tetapi telah di tunda ke awal tahun 2024.

Agatha: Coven of Chaos adalah siri sampingan kepada WandaVision memfokuskan watak Agatha. Ia dikatakan adalah kisah prekuel dan mungkin turut akan memperlihatkan kisah sekarang. Siri ini tidak lagi akan disiarkan pada tahun ini, tetapi pada sekitar hujung tahun 2024 untuk Halloween. Judul siri ini kini diubah kepada Agatha: Darkhold Diaries.

Ironheart iaitu siri mengisahkan watak Riri Williams yang kali pertama diperkenalkan dalam Black Panther: Wakanda Forever tidak lagi mempunyai tarikh siaran. Siri ini sudah pun selesai penggambaran tetapi isu mogok menyebabkan pasca-produksi tidak dapat diteruskan.

Siri yang turut ramai nantikan adalah Daredevil: Born Again. Kisah berlainan dengan siri Marvel x Netflix, tetapi masih dengan pelakon dan watak sama iaitu Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil. Siri ini telah menghentikan penggambaran kerana mogok. Siri ini masih dijangka akan tiba pada sekitar tahun 2024. Satu lagi siri terkesan dengan mogok adalah Wonder Man lakonan Yahya Abdul-Mateen II. Sebuah siri satira Hollywood sekitar produksi parodi kepada MCU.

Sumber – Hollywood Reporter

Leave a Reply