Skip to main content

Wonder Man adalah siri TV MCU baharu yang akan disiarkan di Disney+ Hotstar. Siri TV ini akan diarahkan oleh Destin Daniel Cretton iaitu pengarah filem Shang-Chi dan akan ditulis oleh Andrew Guest iaitu penulis siri komedi Brooklyn Nine Nine yang juga merupakan penerbit siri Hawkeye.

Siri ini turut akan melibatkan Ben Kingsley yang akan kembali sebagai Trevor Slattery. Baru-baru ini Deadline melaporkan yang Disney dan Marvel telah menemui pelakon bagi Wonder Man, iaitu Yahya Abdul-Mateen II yang terkenal sebagai Manta dalam Aquaman.

Wonder Man dikatakan akan menjadi satu siri satira Hollywood, kerana dalam komik watak ini adalah seorang pelagak ngeri dan pelakon di Hollywood. Nama beliau adalah Simon Williams, dan antara pengasas West Coast Avengers.

Sebelum menjadi wira, beliau adalah penjahat yang menerima kuasa daripada Baron Zemo dan turut pernah mati dan dihidupkan kembali oleh abang beliau, Eric yang dikenali sebagai penjahat Grim Reaper. Wonder Man adalah antara watak yang terkenal mempunyai hubungan rapat dengan Vision dan Wanda.

Dengan White Vision antara wira penting dalam West Coast Avengers dan Wonder Man merupakan pengasas, adalah siri TV Vision Quest dan Wonder Man menjadi permulaan pasukan West Coast Avengers akan ditubuhkan dalam MCU?

Leave a Reply