Treler siri TV Loki musim kedua telah pun dikongsi oleh Marvel Studios sebentar tadi. Kali ini ia memperlihatkan sekali lagi Loki lakonan Tom Hiddleston dan Mobius lakonan Owen Wilson berganding bahu. Treler baharu dilihat Loki mengalami masalah Timeslipping di mana dia kerap merentas ke masa secara rawak.
Loki musim baharu ini akan bersambung kepada musim pertama, di mana selepas Sylvie lakonan Sophia Di Martino membunuh He Who Remains (Jonathan Majors) merosakkan garis masa dan multimesta sehingga TVA kini dikawal oleh Kang.
Loki dan Mobius dilihat merentas masa bagi mencari Victor Timely (Kang variasi lain, Jonathan Majors) sambil terpaksa berdepan dengan musuh baharu dan juga Loki versi dari masa lain. Siri ini akan mempunyai 6 episod dan disiarkan di Disney+ Hotstar secara eksklusif.
Dua pelakon baharu yang menyertai siri ini adalah Ke Huy Quan (Everything Everywhere All At Once) menjadi OB iaitu pekerja TVA dan Kate Dickie (Game of Thrones) pula dilihat mungkin menjadi sebagai salah seorang antagonis. Loki musim kedua boleh distrim bermula 6 Oktober akan datang.