Di acara D23 lepas, Marvel turut berkongsi beberapa perkembangan mengenainya. Pertama sekali, mereka mendedahkan logo baharu “DD” yang ikonik dan dikenali ramai. Kemudian mereka turut mendedahkan Matt Murdock dan Daredevil dalam treler baharu She-Hulk.

Dalam satu perbualan antara Extra TV dan Charlie Cox mengenai siri TV baharu ini, Charlie mengesahkan yang Daredevil Born Again adalah sesuatu yang baharu dengan musim pertama. Ia bukannya musim keempat dan beliau turut tidak pasti masa hadapan watak ini dengan MCU.

Daredevil Born Again masih belum memulakan penggambaran. Watak ini akan muncul dalam She-Hulk dan juga Echo akan datang. Siaran siri TV 18 episod ini akan bermula pada sekitar tahun 2024 nanti, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini