Disney nampaknya masih ada banyak perancangan untuk kandungan Marvel Cinematic Universe di Disney+. Akan datang, pengarah filem Shang-Chi Destin Daniel Cretton dan penulis siri komedi Brooklyn Nine Nine yang juga merupakan penerbit siri Hawkeye Andrew Guest akan hadir dengan siri TV Wonder Man.

Dalam komik, Wonder Man mula diperkenalkan sebagai seorang penjahat dan kemudian berubah menjadi adiwira. Beliau juga merupakan pengasas pasukan West Coast Avengers. Nama beliau adalah Simon Williams dan bekerja sebagai seorang pelakon dan pelagak ngeri Hollywood.

Simon memperoleh kuasa melalui rawatan sinar ionik oleh Baron Zemo, menjadi jahat sementara dan kemudian menyertai Avengers. Tetapi kerana tidak lagi menerima rawatan, beliau mati. Abang Simon, iaitu Eric yang turut dikenali sebagai penjahat Grim Reaper cuba menghidupkan beliau kembali melalui sihir oleh Black Talon.

Beliau turut mempunyai hubungan rapat dengan Vision dan Wanda. Selain turut menjadi ahli dalam Avengers kerana Avengers banyak membantu beliau. Kuasa beliau adalah adi-kuat, lari laju, terbang, sembuh pantas, teleportasi dan banyak lagi.

Siri TV aksi nyata untuk Disney+ ini dilaporkan mungkin akan menjadi satu satira komedi kepada Hollywood. Jika projek ini berjalan lancar dan diluluskan, ia akan memulakan penggambaran pada tahun 2023.

Sohor Kini