Marvel ketika San Diego Comic-Con telah mengumumkan yang dua lagi siri MCU iaitu Ironheart dan Agatha Coven of Chaos yang juga merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe Fasa 5 akan tiba di Disney+ pada akhir tahun 2023, dengan Agatha mungkin tiba pada awal tahun 2024.

Ironheart merupakan siri yang akan memfokuskan watak Riri Williams lakonan Dominique Thorne yang merupakan seorang yang genius. Watak ini juga diperlihatkan di dalam treler untuk Black Panther: Wakanda Forever. Alden Ehrenreich juga dilaporkan membawa watak penting di dalam siri ini.

Agatha: Coven of Chaos pula adalah siri yang akan memfokuskan kepada watak Agatha lakonan Kathryn Hahn yang membuat penampilan buat pertama kali di dalam siri Wandavision. Coven of Chaos merupakan judul baharu untuknya yang sebelum ini dikenali sebagai Agatha: House of Harkness.

Sohor Kini