MALBATT: Misi Bakara adalah filem aksi bertemakan peperangan oleh Act 2 Pictures dengan arahan dan penulisan skrip oleh Adrian Teh (Paskal). Filem ini mengisahkan kisah benar di mana tentera Malaysia menyelamatkan 70 renjer Amerika yang helikopternya terhempas di Bakaara Market pada tahun 1993.
Baca: Ulasan MALBATT: Misi Bakara
Misi Bakara adalah filem “Black Hawk Down” dari perspektif tentera Malaysia dengan setiap tentera dibawakan oleh Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Tony Eusoff, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah dan juga Theebaan G.

Filem ini telah pun ditayangkan pada 18 Ogos lepas sebagai tayangan awal dan 24 Ogos semalam ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam Malaysia. GSC mengumumkan semalam yang untuk tayangan awal filem ini telah berjaya mengutip RM1 juta, satu pencapaian yang menarik dan pantas untuk filem tempatan.
Adakah MALBATT: Misi Bakara akan menjadi Misi 10 Juta bagi bersaing dengan filem Mat Kilau iaitu filem aksi nyata tempatan dengan kutipan lebih RM90 juta. MALBATT turut merupakan filem tempatan pertama ditayangkan dalam format IMAX.