Skip to main content

Adriah Teh sekali lagi hadir dengan filem bertemakan tentera iaitu MALBATT: Misi Bakara, sebuah filem berasaskan kisah benar di mana tentera Malaysia menyelamatkan lebih 70 renjer Amerika Syarikat apabila helikopter Black Hawk mereka terhempas di Bakaara Market, Mogadishu, Somalia. Filem ini adalah olahan semula Black Hawk Down oleh Ridley Scott pada tahun 2001 dengan perspektif tentera Malaysia.

Sayang sekali filem ini tidak memberi kepuasan ketika menonton kerana tidak nampak arah tuju jalan cerita ini. Durasi selama 130 minit filem ini tidak rasa perlahan, akan tetapi akan membuat penonton tertanya-tanya di manakah aksi tentera Malaysia menyelamatkan tentera Amerika.


Pengalaman Menonton

MALBATT: Misi Bakara adalah cubaan baik oleh Adrian Teh mempertontonkan filem bertemakan tentera Malaysia dan peperangan yang berlaku di luar negara. Filem ini turut melibatkan sebanyak 900 CGI shot antara yang paling banyak pernah beliau hasilkan setakat ini. Ia juga menjadi filem pertama Malaysia yang ditayangkan di IMAX, secara tidak langsung mencipta sejarah perfileman negara.

Menonton filem ini di IMAX rasa menarik kerana pertama kali saya saksikan filem tempatan di pawagam dengan skrin yang gergasi. Namun begitu, ia tidak rasa gempak kerana filem ini tidak dirakam dengan kamera yang diiktiraf dan tidak mempunyai nisbah paparan yang tinggi. Malah ia ditayangkan dalam format biasa iaitu memanjang cuma pada skrin yang besar dengan projektor berkualiti.

Dari segi jalan cerita, pada hemat saya kisah fiksyen dalam PASKAL adalah lebih seronok dan memuaskan. Misi Bakara walaupun masih membuatkan hati saya berdebar kerana ingin tahu apa yang bakal berlaku ia tidak memberi impak kepada diri saya untuk rasakan sesuatu terhadap askar Malaysia yang terkorban. Ini mungkin kerana filem ini tidak memfokuskan kepada perkembangan watak sebaliknya hanya menekankan kepada misi sahaja.

Bercakap mengenai misi, misi menyelamatkan renjer-renjer Amerika ini hanya berlaku dalam masa kurang 10 minit untuk durasi filem selama 130 minit. Ini membuatkan saya kecewa kerana ia tidak memfokuskan kepada aksi menyelamatkan ini. Sebaliknya banyak memfokuskan kepada konflik arahan pihak atasan dan saya rasakan sekitar lebih 50% filem watak -watak menghabiskan masa dalam APC iaitu armoured personnel carrier. Kemudian filem juga kerap mengulangi adegan lebih kurang sama iaitu pengganas Somalia di atas bumbung bangunan di Bakara.

Bukan itu sahaja, filem turut kerap memfokuskan kepada setiap watak berkomunikasi dengan walkie-talkie dengan menggunakan bahasa isyarat tentera seperti menyebut panggilan setiap askar dengan nombor masing-masing. Ini agak menjengkelkan kerana kerana tidak menggunakan sehabis baiknya lokasi penggambaran di Turki.

Filem ini turut banyak menyelitkan elemen komedi yang tidak perlu. Saya faham dalam situasi yang serius dan ingin menenangkan keadaan komedi atau terma popular comic relief perlu disertakan. Jika setakat satu watak komedi tidak mengapa tetapi ini hampir 2-3 watak turut menjadi mempunyai dialog komedi yang cringe filem ini seakan sebuah parodi kepada Black Hawk Down.

Konsep filem ini agak menarik kerana seorang pun menjadi watak utama. Sebaliknya masing-masing mempunyai masa skrin yang seimbang dan bersesuaian dengan situasi. MALBATT: Misi Bakara turut mempunyai kesan bunyi dan runut bunyi yang kemas dan menarik. Elemen kesan visual khas yang sederhana dalam filem ini mengejutkan boleh diterima seperti muzzle flash tembakan, tembakan rocket-propelled grenade yang nampak baik dan juga beberapa kesan letupan lain.

Pergerakan kamera walau bagaimanapun rasa agak aneh kerana tidak lancar. Beberapa adegan kelihatan tersangkut-sangkut seakan rakaman menggunakan peranti Android dan bukannya kamera profesional. Prestasi lakonan oleh para pelakon adalah sangat cemerlang dan masing-masing menjiwai watak mereka.

Kesimpulan

Walaupun pengalaman menonton saya tidak memuaskan, tidak bermakna filem ini tidak bagus. Cuma MALBATT: Misi Bakara sepatutnya memberi fokus kepada aksi menyelamatkan renjer Amerika bukannya menghabiskan masa dalam APC, melakukan lawak jenaka yang tidak perlu dan memaparkan adegan lebih kurang sama secara berulang. Filem ini adalah filem aksi peperangan yang baik yang tidak memberi semangat patriotisme kepada penonton.

Jika anda inginkan audio yang mantap, anda boleh tonton filem ini di IMAX. Cuma anda perlu ingat, filem ini bukannya filem IMAX seperti kebanyakan filem Christopher Nolan. Ia hanyalah filem biasa yang ditayangkan di IMAX untuk audio yang mantap dan pengalaman menonton pada skrin besar. Jika ia ditawarkan pada GSC HLB Big, saya cadangkan anda tonton di sana sahaja kerana harga tiket yang pasti lebih murah berbanding IMAX.

Ulasan ini adalah berasaskan akses awal untuk media, tayangan umum MALBATT: Misi Bakara adalah pada 24 Ogos kelak.

MALBATT: Misi Bakara
Filem olahan semula Black Hawk Down dengan perspektif tentera Malaysia. Sebuah filem bertemakan tentera dan peperangan yang nampak baik tetapi sayang sekali ia tidak memberi sebarang semangat. MALBATT: Misi Bakara turut mempunyai audio yang mantap, kesan visual yang "ok" dan prestasi lakonan yang cemerlang.
Positif
Prestasi lakonan yang cemerlang
Konsep filem yang menarik
Negatif
Jalan cerita yang tiada arah tuju
Tidak memberi jiwa dan semangat kepada penonton
Banyak adegan berulang
6

Leave a Reply

Final Score