Skip to main content

MALBATT: Misi Bakara adalah filem Black Hawk Dawn versi sebenar. Filem ini akan menceritakan bagaimana Batalion Malaysia menerima perintah kecemasan UNOSCOM untuk membantu tentera Amerika Syarikat yang terperangkap kerana helikopter terhempas bersama dengan juru terbang, anak kapal dan 70 renjer.

Misi Bakara turut merupakan antara filem tempatan dengan bajet tertinggi setakat ini. Adrian Teh pernah berkongsi yang beliau ingin menjadikan filem ini sebagai filem tempatan pertama ditayangkan dalam format IMAX. Nampaknya hasrat beliau tercapai seperti yang didedahkan dalam treler baharu.

Treler baharu ini memperlihatkan yang tentera Malaysia mengalami konflik apabila pendapat orang-orang di Somalia ingatkan tentera kita yang beragama islam adalah pengkhianat agama dan tentera Amerika Syarikat yang tidak mengenali negara Malaysia. Walaupun begitu, setiap tentera kita ini tidak mengalah dan masih menjalankan misi dan bertanggungjawab atas amanah yang diberikan.

MALBATT: Misi Bakara akan melibatkan ramai pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Tony Eusoff, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah dan juga Theebaan G.

Filem ini akan ditayangkan pada 24 Ogos nanti.

Leave a Reply