Selepas 33 hari di pawagam, dan masih lagi ditayangkan, filem tempatan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah membuat kutipan RM90 juta untuk kutipan di Malaysia, Singapura dan Brunei (berdasarkan laporan oleh Berita Harian).

Kutipan ini sekaligus mengatasi rekod kutipan tertinggi yang dipegang oleh Avengers: Endgame buat sejak dikeluarkan pada tahun 2019, iaitu RM87 juta. Kutipan ini juga jauh lebih tinggi jika ingin dibandingkan filem tempatan kedua dengan kutipan tertinggi iaitu Munafik 2 dengan kutipan RM40 juta.

Pengarah bagi filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof melalui perkongsian di Instagram, menyatakan kesyukurannya dan juga berterima kasih kepada yang menyokong.

“Terima kasih penonton masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini & kesemua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. InsyaAllah moga terus diberi ilham utk filem akan datang.” – tulisnya.

Sohor Kini