Skip to main content

Sony sebelum ini pernah merancang untuk hadir dengan trilogi Spider-Man seterusnya selepas No Way Home. Tetapi perkara ini telah pun ditarik semula dan Kevin Feige pernah memberitahu yang pasukan penulis sudah pun mula menulis skrip filem Spider-Man 4.

Terdapat laporan menyatakan trilogi ini akan memfokuskan kepada Spider-Man versi Tom Holland dan tidak lagi akan melibatkan kawan baik watak ini iaitu Ned lakonan Jacob Batalon. Terbaru pelakon Sandman iaitu Thomas Haden Church mendengar ura-ura dan berkongsi kepada Comicbook.com yang Sam Raimi mungkin akan mengarah filem Spider-Man 4.

Raimi sebelum ini terkenal dengan mengarah tiga filem Spider-Man. Kemudian kembali bekerjasama dengan Marvel untuk Doctor Strange: In The Multiverse of Madness. Beliau turut pernah menyatakan jika diminta oleh studio, beliau tiada masalah untuk kembali terlibat dengan Spider-Man.

Haden Church turut sebelum ini dilaporkan akan muncul dalam projek Spider-Man lain sebagai Sandman. Sama seperti Willem Dafoe yang turut masih berminat berlakon sebagai Green Goblin. Sumber turut melaporkan yang filem Spider-Man 4 mungkin akan melibatkan Tobey Maguire kembali sebagai Spider-Man asal.

Buat masa ini masih tidak pasti sama adakah ura-ura ini akan menjadi realiti atau hanya perancangan yang tidak menjadi. Di Amerika, para penulis dan pelakon sedang mogok menantikan keputusan studio untuk berlaku adil dari segi pembayaran gaji dan juga penggunaan AI.

Sumber – Comicbook.com

Leave a Reply