Sehingga hari ini, kita sudah ada tiga filem Spider-Man dalam MCU yang dihasilkan oleh Sony Pictures dan Marvel Studios. Tetapi sudah setahun tiada sebarang maklumat mengenai pembangunan filem Spider-Man keempat dan kita tahu Jon Watts yang mengarah filem Spider-Man pun ingin berehat dengan melibatkan diri daripada filem adiwira.

Ada khabar menyatakan yang eksekutif Sony masih inginkan Tom Holland dan Zendaya kembali sebagai watak masing-masing serta Jon Watts sebagai pengarah. Kini dalam perbualan Collider bersama Jacob Batalon, beliau menyatakan beliau mungkin tidak terlibat dengan filem Spider-Man 4.

Jacob Batalon menjelaskan yang beliau pasti akan ada filem Spider-Man 4, tetapi tidak tahu apa-apa perkembangan mengenainya. Kemudian beliau turut menyatakan, jika beliau tidak terlibat berlakon sebagai Ned Leeds sudah menjadi satu pengalaman yang baik dan pengembaraan yang menakjubkan untuk diri beliau.

Sohor Kini